Kelas PC Hardware, Microsoft Office – Words & Advokasi

23 April 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 22 April 2019, Pusat Internet Melugu telah mengadakan kelas PC Hardware iaitu PC parts & components, Microsoft Office – Words dan advokasi kepada ahli-ahli PI Melugu. Kelas ini diadakan bertujuan untuk memperkenalkan komponen-komponen komputer, melatih peserta menggunakan Microsoft Words dan mendidik peserta tentang keselamatan internet.

Peserta didedahkan kepada komponen-komponen komputer dan fungsinya seperti monitor, tetikus, papan kekunci dan CPU. Pelajar digalakkan untuk memahami sistem pengoperasian sesebuah peralatan komputer supaya mereka dapat mengendalikan penggunaan sistem komputer seperti Microsoft Office dan menjaganya dengan baik agar ia dapat digunakan untuk jangka masa yang panjang.

Dalam kelas Microsoft Words, peserta telah diajar langkah demi langkah untuk membuka Microsoft Office Words 2016. Mereka diajar cara untuk membuat kad ucapan Selamat Hari Gawai menggunakan alatan yang terdapat dalam Microsoft Office Words mengikut kreativiti dan juga sebagai latihan untuk membiasakan pelajar dalam penggunaan Microsoft Office Words.
Dalam kelas ini juga para peserta telah didedahkan supaya membeli peralatan komunikasi yang mempunyai label MCMC sebagai pengesahan peralatan tersebut telah diperakukan mengikut standard-standard yang ditetapkan. Mereka juga diajar untuk mengenalpasti label MCMC dengan menggunakan aplikasi mudah alih Check Your Label atau melalui laman web yang disediakan.

Mereka juga telah diterangkan cara untuk mengenalpasti peralatan elektrik dan elektronik yang dapat dikategorikan sebagai e-sisa (e-waste). Di samping itu, peserta juga telah didedahkan dengan segmen Klik Dengan Bijak iaitu Online Grooming. Mereka diterangkan tentang maksud dan tujuan online grooming, taktik pemangsa serta simptom awal anak-anak yang mengalami gejala ini yang perlu ibu bapa /pelajar ketahui.



Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali